Monday, May 16, 2011

DARAH BAYAR DARAH!

Aku sambung entri 13 May!

14hb May 1969 -
Aku dapat tau pada malam semalam ada sekumpulan pemuda Melayu yang menahan lori dan cuba membelasah pemandu, tetapi pemandu lori tersebut sempat lari menuju Balai Polis. Olih kerana geram salah saorang pemuda tersebut membakar lori, malangnya pemuda tersebut di sambar api dan meninggal dunia. Pagi ne pula kelihatan sabuah Land Rover Polis menuju arah sungai Gombak. Dari cerita kengkawan aku, ada dua mayat tersangut di sungai kerana mati kene bunuh kat Simpang Tiga.

Lepas tu macam-macam cerita lagi aku dengar, terutama amukan lelaki berpakaian hitam di sekitar Jalan Raja Muda, Jalan Hale, dan Jalan Campbell ( Jalan Dang Wangi). Kumpulan lelaki berpakaian hitam ada yang tak berbaju itu berang apabila pemuda-pemuda China menyerang orang Melayu di Setapak dan di Selayang sambil melaungkan perkataan "Darah Bayar Darah". Aku dapat tau kumpulan lelaki berpakian hitam itu ialah bantuan yang datang dari Sungai Manik, Perak dan Batu Pahat, Johor.

16hb May 1969!
Apabila perintah berkurung bermula, sukarlah penuduk di kejiranan aku untuk membeli bahan makanan, kerana semua kedai sudah ditutup. Kalau ada kedai runcit pong, barang nye sudah habis kene rompak oleh bebudak nakal. Ketika itu berulah terasa perit kerana terpaksa berjimat-cermat, terutama beras, tepung dan gula. Sayuran pula, keluarga aku bergantung pada tanaman dibelakang rumah, saperti jantung pisang, pucuk ubi, betik muda, pisang muda dan pucuk paku. Lauk pulak kenelah makan ikan masin, ikan bilis atau bilis tamban. Susah masa tu memang lah susah Beb! Lepas tu perintah berkurung di longarkan termasuk kawasan panas saperti Kampung Baru, dan Jalan Chow Kit.

28 June 1969, Kuala Lumpur pulih kembali. Masa ne lah kita boleh dengar istilah "Muhibbah" dan "Khabar Angin". Perintah berkurung pulak telah dikurangkan dari jam 01.00 pagi hingga 04.00 pagi.Tiba-tiba pada hari Sabtu, Satu berita pergaduhan tercetus di Sentul Pasar kerana beberapa pemuda India telah membaling batu ke atas Masjid dan mereka telah menambah penghinaan kepada orang Melayu dengan membaling najis ke dalam kawasan Masjid. Perbuatan provokasi mereka menyebabkan tercetus rusuhan kecil yang menyebabkan kematian lima orang. Penduduk Kuala Lumpur telah mula sedar kiranya kehidupan harian mereka terjejas bererti ekonomi mereka juga terjejas. Tiada guna nyer bermusuhan dengan istilah Darah Bayar Darah - kerana di bandar-bandar besar kebanyakan harta benda saperti bangunan dan rumah kedai di kuasi oleh kaum China..

Setakat ini sajalah yang dapat aku cerita kat kengkawan semua!

Muga menjadi ingatan kepada generasi muda agar tidak berulang teragedi berdarah!


Salam Muhibbah

16hb May 2011



No comments:

Post a Comment