Salam Blogger semua!
Semalam adalah Hari Keharmonian Kaum.
Aku ceritakan peristiwa berdarah 13 hb Mei 1969 yang berlaku tiga hari selepas Pilihan Raya Umum. Ketika kejadian tersebut aku tinggal di Gombak bersama keluarga.Masa tu aku masih mentah! Aku hanya dengar cerita dari kawan iaitu kejadian rusuhan berpunca dari sikap sombong dan lupa diri parti DAP dan Gerakan ketika itu.
Petang 12 Mei aku ada keluar rumah bersama kengkawan untuk melihat suasana yang ketika itu bising dengan bunyi hon kereta dan motosikal oleh belia China ( Jinjang Joe) yang sedang berarak melalui Jalan Gombak sambil berteriak "Kapal laya sulah ka-lam, loket sulah naik bulan" dan "Melayu sulah mati". Kumpulan tersebut berarak terus menuju Gombak Utara.
Lepas tu aku dapat perkhabaran iaitu orang-orang Melayu terutama UMNO akan mengadakan satu perarakan sebagai tindak balas kerana orang Melayu Kuala Lumpur sangat marah dengan tunjuk-tunjuk perasaan anti-Melayu dan perbuatan menghina Melayu yang dilakukan oleh pihak pembangkang. Orang Melayu akan berkumpul di rumah Dato'Harun ( Menteri Besar Selangor) di Jalan Raja Muda Kg Baru. Aku dapat tau pemuda dari Gombak terutama dari Persatuan Silat Gayung akan turut serta. Mereka berkumpul dan bergerak melalui Setapak untuk ke Kampung Baru. Ketika di Setapak pemuda-pemuda Melayu telah diserang. Berita pemuda-pemuda Melayu telah diserang, telah menaikan kemarahan orang-orang Melayu yang sedang berhimpun di rumah Dato'Harun. Dua orang China yang melalui jalan tersebut telah diserang dan dibunuh.
Waktu Magrib aku berada dirumah! Ayah tak benarkan aku keluar rumah kerana keadaan semakin tegang katanye. Malam tu aku dapat tau ada pemuda-pemuda Melayu yang diberi selendang merah oleh Uztaz Hj.Dahlan. Kaum India dikejiranan aku ada lima buah rumah. Mereka bersama orang Melayu malam tu berkawal, kerana ada khabar orang-orang China dari Jinjang dan Kepong akan menyerang Gombak.
Pagi 14hb Mei 1969, dapat berita kaum China kononnya dalam perjalanan untuk menyerang Gombak. Diceritkan oleh kawan aku iaitu seorang lelaki apabila mendengar berita tersebut telah melaungkan azan...Ketika itu aku lihat, ayah sedang menajamkan sebatang buluh-mungkin sebagai senjata untuk mempertahankan diri. Aku lupa pagi 16hb ialah perentah berkurung telah bermula. Aku keluar rumah diam-diam dan menuju ke jalan raya. Aku lihat ramai askar telah berkawal sepanjang jalan Gombak. Kelihatan juga sisa-sisa lori terbakar di tepi jalan. Sehingga jam 1200 tengahari tiada kejadian serangan dari kaum China kerana askar telah berkawal diserata tempat.
Sampai takat ne dulu! Mata dah ngantuk beb...nanti aku sambung! Hehehe...
No comments:
Post a Comment