Saturday, May 7, 2011

CIA LAWAN OSAMA!


Washington : Agensi Perisikan Pusat (CIA) menjadikan sebuah rumah
di Abbotabad, Pakistan sebagai pusat pengintipan terhadap Osama bin Ladin selama beberapa bulan untuk memburu dan membunuh pemimpin al'Qaeda tersebut.

Menurut akhbar Washington Post memetik laporan pihak berkuasa AS, rumah tersebut menjadi markas bagi pengumpulan maklumat risikan yang menggunakan pemberi maklumat rakyat Pakistan dan lain-lain untuk membentuk ' corak kehidupan', potret penghuni dan kegiatan harian di kawasan kediaman dimana Osama dikesan.

Usaha pengintipan dipertingkatkan selepas kawasan itu ditemui Ogas lalu dan mendorong CIA memohon kelulusan Kongres untuk menyusun semula peruntukan dana bernilai berpuluh-puluh juta dolar dari baget agensi lain untuk membiayainya. Antara usaha-usaha yang di jalankan ialah menggunakan teknik pengimejan melalui satelit dan merakam suara penghuni di dalam kediaman tersebut.

Laporan tersebut berkata, rumah intipan itu tidak digunakan semasa serbuan oleh pasukan pembunuh elit AS pada Isnin lalu yang membunuh Osama. "Tugas perisikan telah lengkap dan ia adalah giliran tentera pula untuk menghapuskan sasaran," kata Post yang memetik pegawai AS.

Reuters/AP
Sabtu 7 Mei 2011



No comments:

Post a Comment