Sunday, May 1, 2011

PUTERA WILLIAM + CATHERINE


LONDON 30 April - Perkahwinan Diraja Britain memecah rekod apabila ratusan juta pengguna Internet menonton siaran lansung majlis bersejarah itu secara dalam talian, sekali gus menyebabkan berapa laman web mengelami masalah, kata beberapa sayarikat Internet. Perkahwinan antara pasangan Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton telah disiarkan secara langsung dalam Youtube keluarga Diraja Britain dan ia merupakan yang pertama disiarkan sedemikian rupa.

Syarikat Internet, Live Streaming yang bekerjasama dengan Association Press (AP), CBS dan Press Association berkata, majlis tersebut memecah rekodnya sendiri apabila lebih daripada 330,300 penonton menonton secara serentak pada satu masa.

Pengendali trafik utama, Akamai telah mengendalikan hampir tiga juta penonton sekali gus memecah rekod 1.6 juta penonton secara talian pada Piala Dunia tahun lepas.

- AFP



No comments:

Post a Comment