Tuesday, May 31, 2011

BERBASIKAL KUATKAN JANTUNG!



oleh: Mohd Hasriq Amiruddin

Aktiviti berbasikal didakwa lebih selamat berbanding dengan aktiviti berjoging atau berjalan kaki kepada mereka yang berusia melebihi 40 tahun ke atas. Pensyarah Sains Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Stephanie Chok berpendapat, aktiviti berbasikal yang menjadi trend sejak kebelakangan ini merupakan perubahan yang baik kepada masyarakat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Stephanie, juga merupakan atlet berbasikal menjelaskan, aktiviti berbasikal mempunyai kebaikan yang sama seperti berenang malah ia juga sesuai untuk dilakukan oleh orang yang obesiti. "Bagi yang gemar berkayuh pada waktu malam, mereka dinasihatkan supaya bergerak secara berkumpulan, di samping menggunakan trek laluan yang mempunyai cahaya lampu jalan yang terang".


No comments:

Post a Comment