Wednesday, May 11, 2011

APPLE VS GOOGLE!


London 9 Mei -
Apple berjaya mengatasi Google sebagai jenama paling bernilai di dunia,
sekali gus menamatkan penguasaan selama empat tahun enjin carian Internet itu, menurut tinjauan terbaru oleh ejen si-jenama global, Millward Brown.

Jenama pengeluar iPhone dan iPad itu kini bernilai AS$153 bilion (RM457 bilion) hampir separuh daripada pasaran modal Apple, lapor BrandZ yang membuat tinjauan tahunan ke atas 100 jenama utama dunia.

Daripada 10 senarai jenama teratas, enam daripadanya ialah syarikat teknologi dan telekomunikasi dengan Google berada di tangga kedua(2), IBM ketiga(3), McDonalds naik tangga keempat(4), Microsoft kelima(5), Coca-Cola berada di kedudukan keenam(6), AT&T ketujuh(7), Marlboro kelapan(8), China Mobile kesembilan(9), dan General Electric tempat kesepuloh(10). Facebook turut berada dalam senarai 100 jenama bernilai di dunia dengan menduduki tangga ke 35, dan ejen carian China (Baidu), ditempat 29.

*Reuters.

No comments:

Post a Comment